Misteri Villa Nabila di Johor Bahru


Villa Nabila

Sebenarnya dah dua kali aku post pasal gambar hantu di Villa Nabila yang terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru ni. Kali ni lagi sekali aku nak buat entri yang sama tapi dengan maklumat yang baru aku dapat tentang asal-usul kisah Villa Nabila. Dulu aku dapat menangkap gambar ‘sesuatu’ yang muncul di salah satu tingkap villa tersebut secara tak sengaja semasa aku dengan sorang lagi kawan, Adan buat ‘lawatan’ ke sana sekitar pukul 7 pagi pada bulan Mei 2008.

Kalau tanya aku memang aku tak dapat nak explain kat mana lokasi sebenar Villa Nabila ni. Cuma yang dapat aku bagitau villa ni terletak di atas bukit menghadap Danga Bay. Daripada gambar-gambar yang aku jumpa kat forum yang bincangkan pasal villa berhantu ni, pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah takde), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas, siap ada kolam lagi kat dalam. Aku agak pelik sebenarnya bila tengok gambar-gambar forumer tu sebab semuanya gambar dari depan. Rupanya dulu aku naik bukit tu dari arah belakang villa, berhadapan dengan istana Johor. Laluan masuk bukit tu dihadang dengan palang, dengan satu signboard ‘Dilarang Menceroboh’ siap dengan amaran penceroboh akan ditembak. Tak pasti pula bukit tu termasuk dalam kawasan istana atau tak, yang pasti ianya terletak seberang jalan istana.

Kitorang sebenarnya bertiga tapi sorang lagi kawan aku, Naim tak berani nak ke villa tu. Dia cuma tunggu dalam kereta yang aku parking tepi jalan kat kaki bukit tu. Masa tu sekitar pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 6:30 pagi lagi dah sampai tapi tersesat jalan lepas solat Subuh kat Masjid Abu Bakar. Sebelum aku cerita lebih lanjut korang tengoklah dulu gambar yang aku dapat tangkap ni.

Apa pendapat korang? Camera shake? Pada mulanya aku pun fikir camtu tapi ada kemungkinan juga ianya betul-betul adalah ‘benda’ tu. Kata orang, digital camera yang mempunyai 5 Megapiksel ke atas boleh menangkap gambar entiti. Kamera yang aku guna dulu untuk tangkap gambar ni adalah Canon PowerShot A470 dengan resolusi 12 Megapiksel.

Baru-baru ni aku upload gambar ni kat satu group paranormal kat Facebook. Ramai yang impress. Dalam ramai-ramai tu ada sorang ni bagitau yang rumah tu adalah Villa Nabila. Pertama kali aku dengar nama villa tu. Terus Google nak dapatkan kepastian. Hasilnya aku terpaku kat forum Cari yang hangat duk bincang pasal villa ni sejak awal tahun lepas lagi. Dari page 1 sampailah page 28 aku baca dalam satu malam semata-mata nak cari kebenaran kisah Villa Nabila ni.

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.

Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Silap kamera? Mungkin jugak.

Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

Apa-apa pun, kisah sebenar Christine Palace atau disalahsebut sebagai Villa Nabila ni masih lagi kekal misteri. Dan satu lagi, rumah yang aku pergi ni tak pasti adakah ianya Christine Palace yang sebenarnya sebab di sebelah rumah ni ada bangunan bertingkat yang mempunyai pintu pagar di kaki bukit. Mungkin ianya adalah dua banglo yang berbeza berdasarkan struktur bangunan yang berlainan.

Gambar-gambar di atas bukanlah Villa Nabila (Christine Palace) yang dimaksudkan. Banglo tersebut adalah banglo tinggal yang terletak di atas bukit bersebelahan dengan Villa Nabila yang sebenar. Harap maklum.

193 thoughts on “Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

  1. ermm….tp kalau x silap aku pemilik villa nie owg cina kn???n skg dia mnetap kt singapore…. pemiliknye masih hidup n akan didenda kerana mmbiarkn villa tersebut….mgkin ade sbb ttntu pemilik villa nie tggal kn villa nye….xlogik r kalau kate tggl sje2 sbb kos nk buat villa yg cantik cm 2 kna berblanja besar….pasal budak hilang 2 aku x caye….manusia nie suka tokak tambah cerita….try tgk kes terbaru beberapa minggu lepas…dk kecoh kate budak hilang rupa2nye budak 2 g dok mggatal kt rumah gf dia…mak bapak lak selamba je kate ank dia baek masuk muka kt paper…xmalu ke ank umur brape sen da dok mggatal….lpas 2 dok kaitkn dgn Nabila….nabila dah arwah da xyh la kita nie dok sebut2 pasal owg yg da xde xbaek…klau kite kenal kita kenang la kebaekan dia jgn keburukan dia…jika xknl biar je la xknal tp xyh r dok burukan name owg yg da xde….aku sokong kate Amirez rumah yg da ditgglkn lame mmg la ade yg mnumpang….

  2. urmmm best…..tgah duk mcari pasal vila nabila nie,boley plak tjumpa blog amirez nie…..thnks…dpt jugak info yg bernas tuk dterima akal….btw awk xpnah ke kne kacau ke ap ke klau pegi tmpt2 cmni…huhu

    • terima kasih ye sudi singgah ke blog saya ni :) alhamdulillah setakat ni tak pernah kena kacau bila pergi ke tempat2 macam ni. tapi pengalaman kena kacau hantu tu boleh dikatakan banyak jugak walaupun dalam bilik asrama.

  3. Semua versi kat atas tu salah.. betul tu aliff. nama sebenar Christine palace. lebih dr 40thn da rumah tu. dimiliki seorang dato berbangsa cina. Nama dia Dato’ Yap Sing Hock. Yg sebelah rumah christine palace tu rumah kerabat sultan jhr. Christine Palace diambil dari nama anak tunggal dia. sy org johor pun pelik ntah mana dtgnye nama Villa Nabila.

    • a’a, memang versi2 kat atas ni tak betul. semua ni saya kumpul daripada info awal yang saya dapat. yang sebenar mungkin macam yang dah diceritakan oleh sorang komentar dalam bahagian komen ni. 1 lagi makluman, christine palace ni ada 3 sebenarnya.

    • Pembetulan, dato yap seng hock. Gelaran dato telah dilucutkan. Klu sebut dato yap sing hock, dia adalah org besar Lien Hoe Corpn. Yap Seng Hock and abangnya adalah org yg suka menipu… banyak hutang and banyak bank kejar dia. dia pandai putar belit and ramai org telah tertipu. Rumah christine palace ada di jalan tebrau (tapi roboh) and 1 lagi di kawasan berdekatan CIQ (Stulang Laut) pun dah roboh. Rasanya dia masih hidup lagi…

  4. arinie pun ada kes lagi kt villa nie…
    dr pagi org da ramai berkumpul kt depan pintu pagar…
    dgr citer 20 org budak ilang…
    nk buat “stunt” cam dalam filem highland tower..
    ilang dr mlm sabtu aritu

  5. Yg pasal doktor rogol anak perempuan tu deret ngan umah Mr.Yokohama Shimamura..majikan nenek saya…nenek saya org gaji kat umah Shimamura (Strait View) rumah tu nmpak seram je…tp wallahualam berhantu ke tak..crita psl doktor tu mmg btol…dia dah bunuh diri dia sendiri..slpas org tahu dia rogol anak perempuan dia…selanjutnya taktau lah ape..hehe

    • kadang2 tempat tu tak berhantu tapi orang kita suka buat cerita yang kononnya tempat tu berhantu sebab ada kes bunuh diri. sekadar cerita kedai kopi, sembang mesti nak gebang hehe.

  6. ok lepas daripada 20/11 nie.. korang boleh melawat dah tempat yang dikatakan berpuaka tu. sebab semua hantu2 yang ada dalam rumah tu dah saya tangkap simpan dalam poket seluar jin. hahahahahaha

    derrr… kepada semua yang penakut penakut tu.. jangan percaya lh pada benda2 tahyul ni. semua ni permainan syaitan dengan jin yang nak bermain dengan umat adam. hairan tak kenapa cina n india ataupun bangsa lain ?? tak penah kena ganggu pun, tak penah kena kacau pun. haa.. ini bermakna syaitan yang punya angkara yang nak sesatkan umat adam supaya iman kita hilang.

    pasal villa nabila ke nabila villa ke bella ke apa2 ke.. lantak dia lah.. itu dia punya pasal. yang kita insan yang hero ke lemah ke jangan pergi melawat rumah buruk tu… bukanya best pun, tak cantik pun rumah tu,buruk sial. lebih baik pergi surau or masjid lagi bagus, hantu pun takda kalo ada pun hantu yang tak tak reti nak hormat orang yang tengah senbahyang sbb duk bergelak kut belakang hahahaha.

    so… fikir fikirlah yang mana baik n yang mana buruk. zaman sekarang ni ramai yang bijak2 pandai2 bijaksana tentang social IT . jadi kita janganlah pos entry2 yang tidak ada masa depan ni masuk ke dalam internet. internet ni luas beb. haa… fikiran bebudak zaman sekarang ni pun luas jugak. ” Orang dulu dulu cakap, jika pemikiran luas pun tak berguna jugak sebab takut nanti terpesong. Faham faham lh ye sesiapa yg membaca ni.

    akhir kata, sy minta maaf jika ada salah silap penggunaan perkataan saya ni yang boleh mengguris hati anda semua, para blogger , shortcut entry2 dan semua social world malaysia.
    asalamualaikum. :)

    Share Share lh Komen saya yang tak seberapa hebat ni jika anda semua setuju dengan nasihat ni. yang baik datangnya dari tuhan yang maha esa , yang silap tu dari perbuatan kita sendiri.

    • terbaik bro ;) cuma sikit pembetulan. bangsa lain pun ada yang kena ganggu, cuma bilangannya mungkin tak ramai sebab kita orang Islam ni biasanya tinggal dalam kawasan yang majoritinya orang Melayu Islam. jadi kita jarang dapat tau apa yang berlaku kat bangsa2 lain.

    • berita tadi dah buat penjelasan, memang 30 orang yg buat ‘rombongan cik kiah’ kat villa tu. tapi takdenya 23 orang yg hilang. yg hilang cuma Izzat je, itu pun sebab dia keluar ikut pintu belakang villa pergi ke rumah kawan dia, tak balik2 rumah sampai family risau.

  7. Bro.. Rasanya awk slh rumah dari gambar awk tunjuk ni.. Ni rumah pekerja je kalau x silap.. Villa dia yg 3 tgkat tu.. Nk masuk kene lalu lubang pagar dkt dpn pokok besar sebelah pintu pagar yg dah dirantai tu.. Dlu pernah masuk tp x simpan gambar tu betul2 x pasti mana hilang.. Tp kalau awk dah masuk dkt tgkat 2 tu ada sofa sebelum naik tangga ke beranda n bawah tangga tu ada almari rak2 buku kalau x silap.. Dari beranda tgkat 3 tu pula boleh nmpak jelas pemandangan danga bay.. X tau la keadaan skrg mcm mana sbb dlu pergi zaman bdk2 dlm tahun 2003/04 camtu x berapa igt n masuk pun ramai2 bawak vcam masa tu sbb takut.. Heee.. Btw kitorang cari dinding yg kononnya da dipecahkan utk keluarkan mayat nabila tu tp x jumpa pun.. Cubela lg mana tau jumpa nabila tu sndiri bole la tnya.. Heee.. Dari banglo 3 tgkat tu kalau awk lalu lorong semak sebelah tepi rumah tu n lintas satu pokok besar tumbang / melintang (kene panjat) baru la bole sampai dkt rumah yg awk tunjuk kat atas ni.. Wallahualam..

    • a’a betul tu. saya ada bagitau dalam komen sebelum ni. rumah ni sebelah je. bukan villa nabila yang orang katakan tu. masa ke rumah ni memang perasan ada rumah 3 tingkat kat sebelah tapi tak tau nak pergi macam mana sebab masa tu saya naik dari belakang.

  8. saya nak comment sikit. Saya ada kawan nama dia kak farisha dia lebih tua dari saya. Dia tinggal kat johor. sangat dekat dengan rumah dia dengan vila nabilla ni..ini kak farisha ckp dia tau sbb jiran sebelah dia dah tau dan rumah tu tak dihuni selama 40 tahun.. lamanya!Cerita dia mcm ni.

    ni satu keluarga ni drg ni nak rebut harta kan harta blh dimiliki hanya seorang sahaja jadi ibu bapa drg ni sll bergaduh.jadi suatu hari ni nabila pergi bilik ibu dia dia oergi check kat dlm almari ibu dia nampak la surat salinan harta tu. terus si nabila pergi ambil dia pergi tulis lah. terus masa dia mau keluar dia nampak ibu dia terus dia lari cepat2 kat bilik dia ni. terus ibu si nabila check kat almari teda sdh tu apa salinan. jadi si ibu marah dia pergi bilik anak dia. “Kau ada ambil ka surat harta tu?! kat ibu dia. “mana ada jgn mama nak tuduh nabila tau! kata nabila terus ibu dia nmpk kertas terus ibu dia pergi bunuh si nabila sampai dia mati terus kena kubur si nabila kat dlam dinding lah terus ditindih oleh almari.terus ibu dia lari dari rumah smaa dia punya suami.terus tu rumah kosong.. sampai sekarang rumah tu tak didiami. selama 40 tahun teda yg mau tinggal sana. sebenarnya panjang lagi bah ni tapi malas mau tulis penat sdh nanti saya comment lagi lah.. sekian…

    • yang betulnya rumah yang bertingkat2 tu sebenarnya…tak silap ada 3 tingkat. yang ni rumah kat sebelah villa tu. silap info. ingatkan rumah ni dah yang orang duk cerita dulu hehe. tapi rumah ni pun seram jugak. takde pulak orang sebut2 pasal rumah ni.

    • kalau duk KL lagi memang nak join mazidul :D

      mula2 tak seram. lepas tu baru terasa. ada peristiwa pelik berlaku masa tengok gambar ni malam2. hmm..boleh buat entri ni hehe

  9. Amirez demo ni org klate ko?…cuba siasat dua tempat 1 kat kem puswatan pusat latihan askar wataniah ipoh perak dalam kem tue ada 1 buaian yg tak berani di usik oleh semua anggota tentera dan masa dlm kursus kami juga di larang mendekati buaian tersebut pernah gak saya tanya staff saya tentang buaian tue tp diorg berkeras tak mau menceritakan sejarah buaian tue sekiranya sesiapa berani duduk atas buaian itu macam2 perkara anih dan berlaku saya tak berani nak huraikan sbb ini rahsia kem tue dan 1 lagi kalo ada masa dtg ke besut disitu ada istana lama usang di area kampung raja dekat sungai sekarang istana itu dijaga waris keturunannya khabarnya banyak benda2 misteri disitu.

    • Officially duk kelate, tapi asal sabah :-)

      Tak pernah dgr lagi pasal buai kat kem ni. Misteri betul nampaknya. Menarik. Nanti saya cuba selidik dulu kat internet. Nak ke ipoh entah bila. Kalau still lagi duk KL bolehlah ke sana.

      Dulu selalu ke kg. Raja tapi tak pernah pulak dengar pasal istana tu. Ada masa insyaAllah saya ke sana….kalau ada teman hehe.

      Terima kasih Razali atas info yang sangat menarik ni

  10. Pingback: Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor | myFBshop

  11. Pernah gak dengar citer psl villa ni, tp tak amik tau yg mn satu villa nye, owh skrg dah tau area mn villa nye.. Tp kt sini mmg byk villa yg ditinggalkan, salah satu milik seorang doktor yg mati tembak diri sdri lepas merogol semua ank perempuan dia, aku lupe plak ape nama doktor tu, citer ni aku tahu dr arwah makcik aku yg bekerja sbg Amah dlm tahun 70an, kat HSA… Dia pun kenal dgn doktor tu, cume anak2 doktor tu ape citer skg aku tk tahu.

  12. Pingback: Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru | nizarazu.com

  13. bro yg xprnah dgo vila nabila ny…rse nyer dy dk bodo…..vila nabila ny cme mainan aq jew….aq da brpe kali masok ….ad jgk gnguan…tp prgaduhan skinhead lbey mncbr….ha3….skin JB …THE SUSPECTS…..

  14. Boleh tak kamu berhentikan cerita ini sebab tiada cerita tentang villa nibila ini hanya rekaan saja dari orang yang membuatnya-tiada satu rekod pun di balai polis johor.Sebab telah di tanya di balai tentang cerita ni….tapi tiada saya harap mereka yang membuat cerita ni fikir dulu jangan diri sendiri yang terjebah…..hentikan

  15. kat area situ memang ada 2 villa yg sering org kata ianya villa nabila.. kalau ikut gambo yg dipost, memang villa nie dah dirobohkan.. lagi 1 villa still ada.. so tu yg ada org kata dah roboh dan ada kata blom roboh.. selama 35 tahun aku duk JB nie, tak pernah plak dengar nama villa nabila nie.. ntah mana datangnya nama nabila nie..

    • owh macam tu. rumah ni sebenarnya yang dah roboh rupanya. yang sebelah 3 tingkat tu ada lagi la ek?

      nama nabila ni orang saja reka kalau tak silap. nak bagi bunyinya sedap…villa nabila. biasalah cerita mulut ke mulut ni makin didengar makin banyak tokok tambah eheh

  16. alahai..panjangnya komen lebih dari entry..hahaha..tapi best la..suka baca cerita yg pelik2 ni. Ok… 1st komen utk tahun 2012. So, saudara dah pergi ke rumah2 berhantu kat Shah Alam? Nak tau jugak pengalaman saudara sendiri kat sana. Memandai je paksa org pergi. bhahahaha…Tapi jgn ajak sy! lalalala…
    Entri Terbaru Redha » Kau yang Istimewa

    • yang kat seksyen 2 tu ke? selalu gak dengar pengalaman orang kat rumah tu tapi setakat ni belum ada kesempatan lagi nak ke sana. kalau bujang bolehlah luangkan masa. dah kawen ni agak terbantut sikitlah hehe. apa2 pun, insyaAllah kalau ada masa saya cuba ke sana. for sure tak pegi sorang2 haha

  17. aku berasal dari JB, memang bnyk cerita aku dgr dari mulut orang, ada cerita yang sama dan ada juga yang tak, untill now, rumah tu still ada lagi, dekat depan rumah tu dah tak nmpk rumah dah, dah jadi hutan, but ada juga orang pergi ke rumah tu untuk mencari smthng yang orang selalu cerita.

  18. Lepas ni ko pergi ungkai misteri rumah tunku kudin kat penang…smpi skrg x da siapa pun yg berani pergi…kononya rumah tunku kudin ada terowong bawah laut..wallahualam

  19. chopp!!! ni kat jalan skudai @ jalan straits view ni? kalau jalan straits view … ada 1 je rumah kat selekoh tu … dekat dengan istana … rumah tu memang besar, macam mansion pun ada jugak …

  20. saya bersekolah di johor bahru … tiap kali naik bas pi bandar memang suka sangat tengok rumah-rumah kat area situ … ni rumah yang dimaksudkan ni dekat dengan m-suite atau dekat dengan kelab jepun?

    • erk..saya tak ingat dah area tu macam mana rupanya. rumah ni atas bukit menghadap danga bay. kalau nak naik bukit ke rumah ni dari arah belakang kena ikut jalan istana

        • erk..tak sure pulak. dah tak ingat sekitar villa ni camana. ada lagi tak villa ni? ada orang cakap dah roboh, siap tunjuk gambar lagi tapi yang peliknya baru2 ni ada yang pergi buat keje seekers kat situ

  21. Pingback: Rumah Berhantu : Misteri Villa Nabila Di Johor | Blog | LelakiGhairah.com

  22. errrmmm baru2 ni member aku ade brtau aku pasal villa 2, dia naq tau pasal villa 2, aq x sure, p aq selalu gak lalu area 2, eerrrmmm mmg menyeramkan…. member aq ade cakap, versii 1 tu same dgn membe aq cite… p x sure…. ape2 aq doakan semoga roh nabila tu aman.,….

  23. salam, aku baru je naik villa ni pagi tadi dalam pukul 3.00 am. sebenarnya kitorang bertiga je tapi kebetulan ada budakbudak yang nak join adalah dalam 30 orang termasuk perempuan. mulamula memang macam takde pape. tapi bila sampai rumah yang katanya rumah doktor tu ada yang jatuh pengsan. kitorang teruskan jalan sampai naik tingkat paling atas rumah doktor tu. aku memang tak nampak pape la. tapi membe aku kata dia ada nampak 2 kali kelibat perempuan dekat satu sudut tingkat paling atas kat rumah tu. lagi satu kat atas pokok masa dalam perjalanan nak tinggal kan villa tu. kitorang masuk lalu pintu depan villa.

  24. hey kawan. buley tanye. kisah villa nabila ni boleh di kaji ke.? kerana yang saya dapat tahu ada yang tak kene kepada pangkaji. sbb saya telah jejak kan kaki ke villa nabila. kadaannya lebih pelik dari gambar yang kamu ambil dan dari segi pantauan rakan seteman saya tiada pekara yang pelik seperti hantu atau lain-lain. kerana sehingga habis kami telah teroka masuk kedalam villa tersebut. dengan penuh bahan tuk mencari hantu tapi tidak jumpa ape-ape.

    • nak kaji tu boleh. nak jumpa hantu…kalau jumpa itu ‘rezeki’ hehe. kalau tak jumpa pun ‘rezeki’ juga. tapi daripada kisah ni ada yang tak betulnya. biasalah ada orang tokok tambah cerita.

      mungkin villa ni tak berhantu, tapi yang pasti mesti golongan jin dah duduk kat sini. jin suka tinggal kat rumah yg ditinggalkan, itu pasti

  25. Psl dato yg dilucutkn status dato 2 mmg btol,,christine place 2 mmg nme villa 2,,cmner ntah jd villa nabilla,,uncle i keje gn dato 2 lebih dr 25taon pai skrg still keje lg,,nama dato 2 – dato yap.. Christine 2 ank pompuan bongsu dato yap n classmate i mase primary school @ convent jb,,skg christine dok kt hongkong,,banglo dato yap tersergan kt kg ubi,jb,,

    • owh macam tu ceritanya. terima kasih ye atas info ni. kalau macam ni terungkai sudahlah kisah villa ni. perkara yg sebenar pun dah terungkap. terima kasih sekali lagi :)

  26. yg baca + tgok gmbr ni pon dh seram..tp bila baca balik versi2 cerita diorg ni semua cliche..asal ade rumah hntu je msti kluar cerita yg sama..haha

  27. ermm.. sebenarnya ini bukanlah villa nabila, nama sebenar tempat ni adalah christine villa, dulu ada tanda nama dia terukir dekat pintu masuk waktu tempat ni gah berdiri pada tahun 90an… aku? tak tahula entah mcm manalah tempat ni leh di tukar nama jadi villa nabila, dan segala citer karut yg dorg dok ubah suai hingga jadi cerita hantu, konon ada budak pompuan mati kena bunuh kt situ la… karut la…. itu sumer citer org yang tak tahu hujung pangkal… main sebut jer,.pastu bila citer ni dorang sebarkan dari mulut ke mulut christine villa yang pada asalnya memang xder misteri.. alih2 jadi sebuah rumah berhantu dek angkara mulut ke? mulut…. klu tanya org jb di awal tahun 90an… mesti dorang jawap itu bukan villa nabila.. actually christine villa.. sebuah rumah percutian ala2 peter stuyvesant.. ownernya adalah seorang dato’ berbangsa cina.. masa dia bangunkan christine villa ni dia memang tengah top and naik kt jb…tapi dato’ ni kemudian di lucutkan ke dato’annya atas sebab kes yang xbleh? nak di beritahu… then dia anak beranak kira mcm low profile la lepas insiden tu, tapi rumah baru beliau tersergah indah dekat area kangkar tebrau johor..

    Jadi christine villa ni dia tinggal mcm tu jer dia pun xmampu nak tanggung malu atas sebab tertentu… jadi org yang tak tahu pun nama asal villa ni main sebut jer.. janji ada bunyik LA. LA kt blakang dia…jadi from now onwards.. stop la panggil villa ni villa nabila.. xder kna mengena langsung nabila dengan tempat ni… owner cina.. seorang dato’ yg dah dilucutkan kebesarannya… harap2 hentikanla spekulasi ni.. tempat tu pun skang ni dh tak seram mana, sebab jiran dia dh tarah? tanah2 tepi tu.klu korang tanya aku mana aku dapat citer ni jwpnnya sbb msa kjadian 90an,umur aku 21 tahun hocayyy… sjk aku kecik lagi slalu dok lalu lalang dpn christine villa ni.. dari dia gah smpai la dia di kosongkan

    • terima kasih atas info ni ye alif.

      pernah juga terbaca info villa ni sebagaimana yg alif bagitau. lupa nak masukkan sekali. cuma sy ada bagitau nama villa ni christine palace dlm versi yg ke lima. hampir2 dah tu hehe.

      biasalah cerita mulut ke mulut ni org akan tambah2 nak bagi lagi sedap didengar. harapnya kisah karut tu dah takde lagi dah lepas ni

  28. Wohooo , cuba suruh UNCLE SEEKERS pegi sini wat ala2 PENUNGGU ISTANA . kali ni PENUNGGU VILLA pula :O hahahahah adoidaii btw , agak seram juga cerita ini

      • uncle mana berani…dia gebang je lebih…..tapi bro…klu nak cari benda2 ni kena ada sorang yg pandai bro..yg pandai tentang alam ghaib…

    • owh rumah tu. aku tak sempat nak g selidik. skang ni tgh konfius rumah tu ada lagi atau tak. ada yg cakap dah dirobohkan, ada yg ckp terbiar gitu je tapi ada org bersihkan kawasan rumah tu. tp yg pasti rumah tu memang ada, aku dah tengok gambar kat forum Cari. ada lagi bberapa umah lain yg angker kat shah alam tu sebenarnya

      • rumah 2 yg penah kecoh lm fb 2 ke?pasal geng2 diorang abis meninggal bila sewa kat umah 2??kena kacau ngan antu dak pompuan

        • kalau yang semua meninggal tu tak pernah dengar lagi. yang kat seksyen 2 shah alam tu cuma 2 org kawan diorang yg meninggal lepas pindah dari rumah tu. entahlah betul ke tak cerita tu. tak pernah dengar lagi cerita daripada diorang sendiri

  29. Menakutkan…sy ske citer tntg paranormal ni.
    Tp tkot nk pegi tmpt2 mcm ni.hehe..
    Lg2 klu hntu tu leh bunuh org.
    Mcm citer penunggu istana

    • sekadar minat mendengar jelah ye ;)

      cite penunggu istana tu sekadar lakonan semata2. memang betul semua tu drp kamera diorg tapi yg part bunuh tu cuma berlakon. pelakon2 tu pun hidup lg sampai skang terutamanya amar, siap update status kat fb lg sampai skang ni hehe

    • dgr kata tempat dulu dilindungi semak-samun. memang tak nampak yg kat atas bukit. cuma nampak pintu pagar je itu pun gelap. dgr kata lagi sekarang ni rumah tu dah dirobohkan cuma tinggal beberapa rumah je yg masih lagi kekal

    • macam pernah dengar je ayat “hanya hantu yg boleh nampak hantu” eheh. tak ada apa yg nak ditakutkan kalau nampak hantu sekalipun. hantu ni cuma istilah orang melayu. lebih tepat disebut jin yg jahat yg cuba menggangu manusia

  30. Pingback: mohdnadri dot com Villa Nabila @ Danga Bay Penuh Misteri

  31. abg hadi. :D
    abg patut pegi batu pahat lah, kat sana ada satu banglo kat tepi jalan raa. mmg seram jea tgk. banglo tu cantik , warna putih tapi mcm takde org tinggal jea.
    Entri Terbaru syaz » suka dan benci -

    • bp area mana tu syaz? abg dulu belajar kat UTHM, tak pernah pulak dgr pasal banglo tu. kalau tau nama spesifik jln tu bgtau abg k. teringin nak siasat hehe

        • abg, msih minat dgn aktiviti paranormal nie ? ade dua tempat.

          1)Lokasi : Jalan Kuhara Tawau Sabah.
          seorang guru mati di bunuh dirumahnya , dgr cerita , rumah tinggal kosong sampai skg, takde org brani nak tinggal. TETAPI syaz tak percaya sgt lah. mcm mengarut jea.

          2)Lokasi : SMK Seksyen 4 BK , yakni sekolah syaz. :)
          bdak2 cina sekolah syaz buat satu kem kepimpinan kat skolah , pada satu malam yg sunyi , mereka nampak ade perempuan berbaju merah kat bengkel kemahiran hidup. mmg menyeramkan ! yg nie mgkn betul , tapi tak tau lah , muncul dpn badak cina jea ke ape.
          Entri Terbaru syaz » special for him -

          • minat hehe.

            lokasi yg kat sabah tu jauh sangat nak pergi.

            tapi yg kat skolah syaz tu abg pun percaya ada something kat situ. dulu kan abg dgn 3 lg yg lain kena kacau kecuali abg hassan masa kitorang tido kat dewan. masa maghrib dulu ada sorg peserta nampak ada lembaga putih berdiri luar surau betul2 sebelah abg yg masa tu tengah solat sunat. cikgu pun pernah cerita kejadian2 pelik kat area kantin

  32. Pingback: ping.yanmieonline.com

  33. Pingback: Misteri Villa Nabila di Johor Bahru http… « Story Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge